Omar Ahmad


Johor Bahru: Ahli keluarga suspek ahli Jemaah Islamiyah (JI) yang membuat serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini tidak bergaul mesra dengan penduduk setempat.

Tinjauan Harian Metro di kawasan rumah keluarga terbabit yang terletak di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, hanya tujuh kilometer dari balai terbabit.

Hasil pemerhatian mendapati kawasan kediaman keluarga ini turut berada dalam kawasan persendirian yang berpagar dengan papan tanda larangan masuk di hadapan.

Dianggarkan kira-kira lebih 10 rumah di dalam kawasan terbabit.

Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41 berkata, kejadian itu merisaukan penduduk setempat yang berdekata.

Katanya, penduduk berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

"Saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung," katanya.

Sementara itu penduduk kampung, Fauzi Faizal, 39 berkata, suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik, tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya.

Katanya penempatan itu dipercayai wujud sejak 20 tahun lalu dan dianggarkan terdapat 18 keluarga di situ, selain penempatan mereka agak terpencil serta sentiasa dipantau pihak berkuasa.

"Dipercayai mereka adik-beradik tidak mendapat ajaran pendidikan yang formal dan dididik oleh bapa mereka sendiri, iaitu berkemungkinan dengan ajaran yang ekstrimis.

"Penduduk memang bimbang apabila suspek duduk di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku," katanya yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram.

Berita berkaitan:

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu direman esok

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2024 @ 5:35 PM