HAMILTON (kanan) dikatakan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan Verstappen terbabas dan terkeluar dari perlumbaan GP British. FOTO Agensi
HAMILTON (kanan) dikatakan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan Verstappen terbabas dan terkeluar dari perlumbaan GP British. FOTO Agensi
AFP

Silverstone: Max Verstappen menganggap tindakan juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton sangat kurang ajar dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

Ia berikutan kedua-duanya berlanggar sesama sendiri di Grand Prix (GP) British semalam.

Hamilton cuba untuk memintas Verstappen di selekoh Copse di pusingan pertama namun jentera mereka bergesel antara satu sama lain, menyebabkan pemandu Red Bull terbabas sebelum melanggar penghadang.

Hamilton memenangi perlumbaan berkenaan, manakala Verstappen dikejarkan ke hospital.

"Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan serius. Saya sangat kecewa disingkirkan dari perlumbaan seperti ini.

"Penalti yang diberikan tidak membantu kami dan tidak memberikan keadilan terhadap tindakan bahaya yang dilakukan Lewis di dalam litar," kata Verstappen di Twitter.

Verstappen juga berasa sangat mara selepas melihat Hamilton meraikan kejayaan di atas kemenangan di GP British.

"Rasa seperti kurang sopan dan tidak ada semangat kesukanan melihat sambutan kemenangan ketika saya berada di hospital, tapi kami akan terus bergerak ke depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 12:00 PM