Kebakaran selepas letupan besar yang membunuh 73 orang akibat dua bas berlanggar dengan lori tangki minyak di wilayah Ghazni, Afdganistan, Mei lalu. - Foto Fail/REUTERS
Kebakaran selepas letupan besar yang membunuh 73 orang akibat dua bas berlanggar dengan lori tangki minyak di wilayah Ghazni, Afdganistan, Mei lalu. - Foto Fail/REUTERS
Reuters

Kabul: Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dan 28 cedera apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan lori tangki minyak menyebabkan letupan besar, hari ini.

Dalam kejadian di lebuh raya utama menghubungkan Kandahar di selatan Afghanistan dengan Kabul, sebahagian besar mangsa rentung, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Zabul, Ghulam Jilani Farahi, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Kandahar ke Kabul apabila ia berlanggar dengan lori tangki minyak di Jildak.

Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan membawa 60 penumpang dan hanya enam mayat boleh dikenal pasti manakala selebihnya rentung.

Lebuh raya Kabul-Kandahar sering menjadi sasaran serangan militan dan ramai pemandu bas memandu laju di kawasan berkenaan kerana tidak mahu terperangkap dalam pertempuran.

Jalan raya di Afghanistan juga antara paling teruk di dunia dan undang-undang jalan raya jarang dipatuhi.

Mei lalu, 73 mati manakala 52 lagi cedera apabila dua bas berlanggar dengan lori tangki minyak di wilayah Ghazni.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 4:27 PM