HONDA Civic generasi ke-10.
HONDA Civic generasi ke-10.
HONDA Civic generasi ke-10.
HONDA Civic generasi ke-10.
REKAAN aerodinamik dan sporty.
REKAAN aerodinamik dan sporty.
KIT bampar belakang Modulo.
KIT bampar belakang Modulo.
BUT belakang luas.
BUT belakang luas.
TEMPAT duduk belakang luas.
TEMPAT duduk belakang luas.
TOMBOL gear dan butang parkir.
TOMBOL gear dan butang parkir.
BUTANG pada stereng.
BUTANG pada stereng.
RUANG kabin kemas.
RUANG kabin kemas.
Erywan Norshal


Penulis mengakui bahawa generasi ke-10 Honda Civic sebuah jentera segmen C yang mantap dari segi prestasi serta pengendaliannya.

Sesi pandu uji yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada hujung Ogos lalu, membuktikan enjin 1.5 liter VTEC Turbo cukup mengujakan ketika dikerah pada tahap maksimum.

Berdasarkan spesifikasinya, enjin turbo baharu mula diperkenalkan secara global pada Pameran Auto Tokyo 2013 dengan menyalurkan kuasa 173PS dengan tork setinggi 220Nm.

Ternyata sistem turbo yang dibekalkan itu meningkatkan sehingga 18PS bagi enjin Honda Civic baharu berbanding model sebelum ini dengan menggunakan enjin 2.0 liter inspirasi biasa.

Sesi pandu uji yang dilakukan bukan tertumpu kepada jalan biasa, tetapi lebih kepada berselekoh ketika menaiki serta menuruni dalam perjalanan ke Taman Negara Kinabalu.

Sebelum bermula sesi pandu uji itu, penulis disarankan supaya menukar gear ‘S’ serta menggunakan pedal penukaran secara manual yang terletak di belakang stereng.

Penggunaan gear ‘S’ itu untuk pertukaran secara manual sepenuhnya supaya ia tidak berubah kepada automatik, selain mahu memberi tenaga maksimum serta mengurangkan kelajuan sebelum memasuki selekoh.

Pada mulanya, penulis rasa tidak yakin untuk memberi beban kepada enjin baharu itu dengan mengerah putaran seminit (RPM) melebihi 5,000 bagi memberi kuasa sepenuhnya untuk mengekori konvoi lain.

Secara peribadi penulis tidak sukakan transmisi CVT, namun kotak gear yang digunakan pada jentera ini ternyata memenuhi kriteria biarpun tidak tergolong dalam kategori kereta sport.

Pedal minyak sedikit responsif sebaik kaki menekannya, malah tidak kedekut menyalurkan pada tahap maksimum, selain bunyi enjin yang meruap masuk ke dalam kabin adalah minimum.

Pada masa sama, penulis kurang menekan brek ketika memasuki selekoh pada kelajuan tinggi kerana jentera ini sangat stabil dan rasa kurang membuang.

Malah dua jentera jenama lain yang berkongsi segmen sama dengannya turut disediakan supaya wakil media boleh membuat perbandingan ringkas terhadap Honda Civic baharu terutama prestasi memecut antara 0-100 kilometer sejam (km/j).

Apa boleh dikongsikan, jentera ini memberi kuasa tujahan yang sangat baik berbanding model lain malah rasa lancar untuk memecut tahap maksimum sekali gus mengubah tanggapan penulis terhadap transmisi CVT.

Jika dilihat bentuknya pula, boleh dikatakan model baharu ini tampak sporty dengan kombinasi rekaan kereta sedan dan coupe selepas ketinggian bumbung dikurangkan 20 milimeter (mm) berbanding generasi sebelum ini.

Jarak rodanya juga dipanjangkan 30mm menjadikan 2.7 meter dan lebar mencecah 1.8 meter iaitu penambahan 45mm berbanding Honda Civic generasi kesembilan.

Penambahan itu memberi impak positif terhadap ruang kelegaan kaki serta lebih luas bagi memberi keselesaan kepada semua penumpangnya.

Ketika berada di ruang kokpit, meter kelajuan termaju kelihatan menyerlah dengan paparan digital bagi menyalurkan maklumat RPM, kelajuan dan arah navigasi.

Ia juga menjadi model kedua Honda pasaran tempatan selepas HR-V yang menggunakan brek parkir elektronik dengan hanya menggunakan butang pada konsul tengah.

Ruang kabinnya tampak kemas dengan kurang kelihatan apabila penyaman udara serta sistem audio dikawal menerusi skrin sesentuh pada papan pemuka.

Material berkualiti yang digunakan terutama pada balutan kerusi serta papan pemuka membuatkannya tampak lebih premium seperti jentera jenama Eropah.

Sepanjang memandu uji jentera itu, penulis hanya menguji varian tertinggi dengan padanan lampu hadapan berteknologi tinggi seolah-olah kelihatan sebaris, serta lampu belakang berbentuk ‘C’ sekali gus menyerlahkan lagi gaya sporty.

Lebih menarik apabila ia dilengkapi aksesori Modulo membabitkan spoiler, kit badan bampar dan sisi di mana ia dijual secara berasingan berharga RM4,650.

Honda Civic terbaharu ini dilengkapi dengan enam beg udara. Ia juga dilengkapi tempat duduk pemandu pelarasan elektronik, brek parkir elektronik, penghidup enjin kawalan jauh dan kunci automatik.

Sementara itu, Penolong Ketua Projek Honda Civic baharu, Hitoshi Ito yang turut mengikuti sesi pandu uji itu memaklumkan bahawa kereta Audi A3 menjadi penanda aras dalam pengendalian Honda Civic baharu.

Menurutnya, Honda Civic baharu bagi pasaran Malaysia turut dijual untuk pasaran Amerika Syarikat dengan ditala pengendalian sama cuma berbezanya adalah penggunaan tayar.

INFO

HONDA CIVIC 1.5 TC-P

- Enjin: 1.5 liter DOHC VTEC Turbo

- Kuasa Maksimum: 173PS pada 5,500rpm

- Tork Maksimum: 220Nm antara 1,700 sehingga 5,500rpm

- Transmisi: CVT dengan pedal penukaran

- Harga: RM135,800

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:05 AM