LIU bergaya di atas sofa dengan kakinya dilenturkan ke belakang kepalanya.
LIU bergaya di atas sofa dengan kakinya dilenturkan ke belakang kepalanya.
GAYA luar biasa. Liu membesar dengan melihat ibu bapanya melakukan aksi opera.
GAYA luar biasa. Liu membesar dengan melihat ibu bapanya melakukan aksi opera.
LIU bekerjasama dengan seorang ahli gimnas, Li Peng untuk mempamerkan gaya fleksibelnya.
LIU bekerjasama dengan seorang ahli gimnas, Li Peng untuk mempamerkan gaya fleksibelnya.
LIU menunjukkan aksi luar biasanya mengangkat cawan menggunakan kaki.
LIU menunjukkan aksi luar biasanya mengangkat cawan menggunakan kaki.
AKSI ekstrim Liu sambil bergincu.
AKSI ekstrim Liu sambil bergincu.
LIU Teng meliukkan tubuhnya ke belakang sambil  bersolek.
LIU Teng meliukkan tubuhnya ke belakang sambil bersolek.
GAYA yang pasti membuatkan penonton tergamam.
GAYA yang pasti membuatkan penonton tergamam.
Agensi

Kemampuannya melenturkan badannya ke belakang sambil bermekap amat menakjubkan.

Berusia 24 tahun, gadis China ini yang mempunyai ketinggian 167.64 sentimeter dan berat 43 kilogram, Liu Teng, kelihatan lebih seperti model.

Tetapi apabila diberikan kerusi, meja atau sofa, dia mampu membuat orang ramai tergamam.

Kehebatannya melakukan aksi meliukkan tubuhnya secara ekstrem menyebabkan dia digelar ‘Ratu Liuk China.’

Dia dilahirkan pada 1991 dalam keluarga pelakon opera di bandar Huaibei, Wilayah Anhui dan membesar dengan melihat ibu bapanya berlakon di pentas.

Liu mula berlatih meliukkan badannya di Sekolah Akrobatik Shandong sejak berusia lapan tahun. Selepas empat tahun belajar, Liu mula menjelajah seluruh China untuk mengadakan persembahan dengan ditemani ibu bapanya.

Dia mula dikenali di peringkat kebangsaan pada 2013 selepas sebuah stesen penyiaran di China mempelawanya membuat persembahan dalam beberapa rancangan televisyen.

Katanya, persembahan seni mengajarnya erti dedikasi dan keazaman.

“Ia mengajar saya mengenai falsafah kehidupan, jangan sesekali berputus asa kerana lama kelamaan pasti ada hasilnya,” kata Liu.

Pada Februari 2015, Liu bertanding dengan ahli liuk badan dari Russia, Julia Zlatan Gunthel dalam sebuah rancangan televisyen.

Mereka ditugaskan memecah rekod dunia dengan seberapa banyak aksi yang mungkin.

Liu berjaya membuat 10 kali, sementara Zlatan yang dikenali sebagai wanita paling fleksibel di dunia, berjaya melakukan 11 aksi.

Kemudian tahun lalu, Liu mengejutkan penonton di China apabila membuat aksi meliuk badan untuk dimuatkan dan bergerak melalui tiga kotak plastik.

Kini, dia banyak menghabiskan masa menjelajah sekitar China sebagai tetamu jemputan dalam rancangan televisyen.

Katanya: “Saya mahu seluruh dunia mengingati nama saya setiap kali aksi ini disebut.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 10:18 AM