API yang keluar dari mulut Liu. Gambar kanan, Liu mengipas telinganya bagi mengeluarkan lebih banyak asap dari mulutnya.
API yang keluar dari mulut Liu. Gambar kanan, Liu mengipas telinganya bagi mengeluarkan lebih banyak asap dari mulutnya.
Agensi

Mianyang, China: Seorang guru kung fu digelar lelaki naga kerana mampu mengeluarkan api dari mulutnya menggunakan tenaga dalamannya.

Liu Fei, 55, yang bekerja di bandar ini membuatkan orang ramai terpegun apabila menyalakan serbuk kayu yang disumbat di dalam mulutnya tanpa sebarang sumber api.

Satu video yang disiarkan media di China menunjukkan Liu menyumbat serbuk kayu ke dalam mulutnya sehingga penuh.

Dia membuat beberapa gerakan kung fu sebelum asap tiba-tiba keluar dari mulutnya.

Liu kemudian mengambil kipas besar dan mengipas telinganya menyebabkan lebih banyak asap keluar bersama bara api dari mulutnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 5:24 AM