LIU membantu datuknya membuat wantan bagi menambah pendapatan keluarga. - People’s Daily
LIU membantu datuknya membuat wantan bagi menambah pendapatan keluarga. - People’s Daily
Agensi

Ruijin (China): Ketika rakan sebaya menghabiskan masa dengan bermain, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun membuat 10,000 wantan sehari bagi membantu perniagaan keluarganya.

Liu Minghui tinggal bersama datuk dan neneknya di sebuah kampung berhampiran Ruijin di wilayah Jiangxi kerana ibu bapanya bekerja di wilayah berhampiran.

Bagi membantu datuk dan neneknya, setiap kali pulang dari sekolah Liu menghabiskan masa berjam-jam membantu mereka membuat wantan, sejenis makanan tradisional China.

Dalam sehari kanak-kanak itu boleh menghasilkan kira-kira 10,000 wantan untuk dijual di bandar.

Tempahan untuk makanan itu bertambah setiap kali musim perayaan atau cuti panjang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:58 AM