MAYAT mangsa ditemui terapung di Sungai Pegalan. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui terapung di Sungai Pegalan. FOTO ihsan Bomba
Norasikin Daineh


LELAKI ditemui lemas, semalam selepas keluar menjala ikan di Sungai Pegalan, Kampung Marangas, Apin-Apin.

Mayat John Wahid, 35, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat, 2.20 petang semalam, kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa menjala ikan.

Penyelia Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berhubung kejadian itu, 6.24 pagi semalam.

“Menurut laporan, seorang mangsa dipercayai hilang ketika menjala ikan di sungai Pegalan, kelmarin.

“Laporan dibuat di balai polis dan seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Keningau respon kes itu dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti ke tempat kejadian yang terletak sejauh 23 kilometer dari balai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya lagi, operasi mencari dijalankan di sekitar mangsa dilaporkan hilang.

“Pada 2.20 petang, pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa dalam keadaan terapung kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa menjala ikan.

“Mangsa dipercayai lemas dan pasukan bomba seterusnya mengambil mayat itu serta menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.27 petang.

Caption

1. Pasukan bomba mencari mangsa di Sungai Pagalan.

2. Mayat mangsa ditemui terapung di Sungai Pegalan.

Tamat

From: Norasikin

Pix ihsan bomba

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 9:30 AM