PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ir Edward Yong Oui Fah melepaskan peserta cabaran berbasikal di Padang Merdeka.
PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ir Edward Yong Oui Fah melepaskan peserta cabaran berbasikal di Padang Merdeka.
AKSI kelompok depan bagi cabaran sejauh 100 kilometer.
AKSI kelompok depan bagi cabaran sejauh 100 kilometer.
PESERTA yang cedera mendapatkan rawatan.
PESERTA yang cedera mendapatkan rawatan.
PESERTA berbasikal bagi cabaran sejauh 70 kilometer.
PESERTA berbasikal bagi cabaran sejauh 70 kilometer.
DATUK Bandar Kota Kinabalu, Yeo Boon Hai menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi cabaran berbasikal sejauh 100 kilometer.
DATUK Bandar Kota Kinabalu, Yeo Boon Hai menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi cabaran berbasikal sejauh 100 kilometer.
Erdiehazzuan Ab Wahid


Badan lesu, kaki semakin lemah dan tangan pula terasa kebas. Namun, berkat semangat serta mental yang kuat, mereka berjaya menamatkan kayuhan sejauh 100 kilometer.

Itu dibuktikan 300 peserta Karnival Berbasikal Bandaraya Kota Kinabalu 2016, yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Dianjurkan Kelab Berbasikal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Cycling Association of Tuaran (CAT), kayuhan berkonsepkan dua perlumbaan selama dua hari iaitu Cabaran Berbasikal Bandaraya Kota Kinabalu dan Ujian Masa Berpasukan atau ‘team time trial’ (TTT).

Bagi cabaran berbasikal, sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka sejauh 100 kilometer (km), Lelaki Veteran (100km) manakala jarak 70km bagi kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Boy Junior dan Wanita Terbuka.

Jarak 70km dan 100km yang perlu ditempuh amat menguji kemampuan peserta kerana membabitkan ketangkasan serta ketahanan mental dan fizikal.

Ini kerana, hanya gabungan ketangkasan dan ketahanan membuktikan seseorang itu mampu menjadi juara atau sebaliknya.

Mana tidaknya, belum sampai separuh kayuhan, bahang panas cepat membuatkan tekak terasa haus seterusnya melemahkan mental peserta untuk menamatkan saja kayuhan ditambah dengan pelbagai liku yang perlu ditempuh termasuk kawasan berbukit.

Bagaimanapun, atas dasar semangat kesukanan, semua peserta berjaya menamatkan kayuhan dengan jayanya.

Sementara itu, bagi perlumbaan berkonsepkan Ujian Masa Berpasukan, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Road Bike (49 kilometer), Mountain Bike dan Campuran sejauh 39 kilometer.

Sebanyak 25 pasukan menyertai perlumbaan ini membabitkan 100 penyertaan yang memerlukan mereka bekerjasama dalam sebuah pasukan untuk mengumpul mata kemenangan.

Timbalan Presiden Kelab Berbasikal DBKK, Victor Wong berkata, penganjuran karnival berbasikal selama dua hari itu sempena ulang tahun bandar raya Kota Kinabalu kali ke-16 yang berlangsung di Padang Merdeka, Sabah.

Perlumbaan julung kali diadakan itu menarik minat lebih 300 pelumba sekitar Kota Kinabalu selain peserta dari Semenanjung, Sarawak serta Brunei.

“Pertandingan ini kali pertama diadakan dan ternyata sambutan sangat menggalakkan.

“Harapan kita, peserta bukan sekadar berlumba bagi membuktikan keupayaan diri sebaliknya menghayati pemandangan menarik sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Victor berkata, penganjuran perlumbaan berkenaan juga menyemarakkan lagi aktiviti berbasikal di Kota Kinabalu, menjadi medan memperkasa hubungan penduduk setempat dan medium memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Jika kita tengok situasi masa kini, gaya hidup masyarakat semakin berubah apabila banyak menghabiskan masa dengan melihat dan bermain dengan peranti pintar.

“Jadi, dengan penganjuran perlumbaan seperti ini, setidak-tidaknya mereka dapat melupakan seketika permainan berkenaan dan mengeluarkan peluh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 5:05 AM