POKOK ketum. FOTO Omar Osman
POKOK ketum. FOTO Omar Osman
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Kerajaan mengarahkan semua pihak menamatkan polemik berkaitan penanaman daun ketum, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kerajaan juga membuat keputusan tidak membenarkan sebarang aktiviti termasuk menanam, menjual atau mengeksport tanaman berkenaan.

"Ketum lebih banyak membawa mudarat berbanding kebaikan.

"Jika ada yang berdegil kita akan bertindak mengikut Akta Racun," kata beliau kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, hari ini.

Polemik daun ketum yang popular di kawasan utara Semenanjung itu tercetus selepas RISDA bercadang menanam ketum bagi tujuan eksport.

Syor itu dibuat selepas memdapat permintaan dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 2:54 PM