BOLT.
BOLT.
AFP

Kingston, Jamaica: Usain Bolt boleh dianggap sebagai legenda hidup, berikutan penampilannya yang penuh karisma.

Namun sekiranya raja pecut Jamaica mencapai sasarannya di Rio de Janeiro, pasti namanya akan tercatat sebagai pemegang rekod luar biasa.

Dianggap pelari terpantas dalam sejarah, Bolt sudah pun memiliki rekod dunia dalam acara 100 meter dan 200m.

Sewaktu di London empat tahun lalu, dia melengkapkan gelaran “Double Triple” dengan mempertahankan gelaran 100m, 200m dan 4x100m yang dimenanginya empat tahun sebelumnya di Beijing.

“Saya kini bagaikan legenda hidup. Nikmatilah kegemilangan saya,” kata Bolt kepada media dengan bangga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:53 AM