PKNS

Kuala Lumpur: PKNS memberi peluang memenangi kamera GoPro Hero4 atau tiga hadiah sagu hati SJCAM Sj5000wifi hanya dengan merakam gambar selfie atau wefie.

Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan Selfie & Wefie Hari Raya Aidilfitri 2016 ini, anda telebih dahulu perlu mendaftar maklumat Instagram dan Facebook anda di http://www.pkns-property.com.

Selepas itu, rakam gambar selfie atau wefie berlatarbelakangkan hartanah PKNS dan muat naik di Facebook atau Instagram dengan hashtag #CeriaAidilfitriBersamaPKNSProperty dan nama hartanah tersebut, contohnya #daffina.

Pastikan akaun anda terbuka kepada orang ramai dan bukan 'private.'

Peraduan ini berlangsung mulai 21 Julai sehingga 3 Ogos 2016 dan 100 gambar pertama akan menerima wang tunai RM50.

Maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan boleh didapati di http://www.pkns-property.com.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 12:18 PM