MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim semasa menyaksikan penyerahan tugas Ketua Setiausaha KPWKM yang baharu, Dr Rose Lena Lazemi (kanan) dengan Datuk Sabariah Hassan (dua dari kiri) dan turut bersama Timbalan Menteri KPWKM, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd Dun semasa majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Perdana Nur KPWKM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Nursyahirah Marzuki

Putrajaya: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengarahkan rumah kebajikan di Bukit Tengah, Pulau Pinang yang didakwa melakukan penderaan kepada penghuninya ditutup serta merta berkuatkuasa semalam.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, rumah kebajikan itu sudah diambil tindakan undang-undang dan didenda sebanyakRM5,000 kerana tidak berdaftar dan menjalankan operasi secara tidak sah.

"Kita sudah beberapa kali memberi notis secara lisan dan bertulis kepada pemilik rumah kebajikan terbabit supaya berdaftar dengan kementerian, namun mereka masih berdegil dan tidak menunjukkan sebarang usaha.

"Selain itu, kes penderaan ke atas penghuni rumah kebajikan itu juga sudah dilaporkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas mereka,"katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan bulanan KPWKM di sini, hari ini.

Katanya, sembilan kanak-kanak sudah diselamatkan dan melalui pemeriksaan doktor kanak-kanak terbabit tidak mempunyai deraan fizikal mahupun seksual.

"Bagaimanapun, hanya kanak-kanak yang melarikan diri didapati mengalami kesan calar.

"Dua kanak-kanak sudah diserahkan kepada ibu saudara mereka manakala tujuh lagi berada di tempat selamat,"katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu tunggal mendakwa anaknya yang ditempatkan di rumah kebajikan itu menjadi mangsa penderaan pusat jagaan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 1:56 PM