Sudirman Mohd Tahir


Berita perkahwinan ayahanda Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson yang juga pelakon drama Dia Semanis Honey pada Ramadan lalu ternyata mengejutkan banyak pihak.

Malah Zahirah yang ketika itu berada di Perth, Australia mengakui terkejut kerana tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menganggap itu adalah jodoh Zainol, Zahirah, 21, tidak mahu melawan ketentuan Ilahi sebaliknya mendoakan kebahagiaan perkahwinan ketiga bapanya itu.

Malah sebagai anak sulung, bintang drama Cik Cinderella dan Encik Tengku ini bertanggungjawab memastikan adik-beradik lain juga bersikap terbuka.

“Diakui selepas ayah tidak tinggal bersama kami, kehidupan terasa kosong. Malah perkara ini memberi kesan kepada adik-adik saya. Bagaimanapun, mereka tidak mahu menjadikannya sebagai masalah besar dan boleh menerimanya sebagai takdir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 7:50 AM