DUTERTE (kanan) bersama Ketua Polis, Ronald Dela Rosa (kiri) memeriksa perbarisan ketika tiba di Kem Craame, Ibu Pejabat Polis Kebangsaan Filipina di Manila, semalam.
DUTERTE (kanan) bersama Ketua Polis, Ronald Dela Rosa (kiri) memeriksa perbarisan ketika tiba di Kem Craame, Ibu Pejabat Polis Kebangsaan Filipina di Manila, semalam.
Agensi

Manila: Presiden Rodrigo Duterte semalam menggesa pemberontak komunis mula membunuh pengedar dadah.

Gesaan itu mencetuskan satu lagi masalah terhadap perang kontroversi menentang jenayah.

Duterte sebelum ini mengingatkan, ribuan penjenayah akan dibunuh selepas dia menjadi presiden.

Berucap ketika mengangkat sumpah jawatan kelmarin, Duterte berkata, dia akan mematuhi pemerintahan menerusi undang-undang. Ikrar itu dilihat sebagai usaha untuk menghakiskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia terhadap rancangannya membunuh penjenayah tanpa dibicarakan.

Bagaimanapun, semalam, Duterte menggesa anggota komunis yang terbabit dalam pemberontakan paling lama di Asia mengguna mahkamah mereka sendiri dan melaksakanakan hukuman mati.

“Masalah dadah sudah merebak ke kawasan pedalaman. Apa kata kalau kamu gunakan mahkamah kamu sendiri untuk menyelesaikan dengan segera masalah kami,” kata Duiterte, peguam dan juga bekas Datuk Bandar Davao ketika berucap di hadapan pegawai kanan tentera di Manila.

Dalam satu lagi ucapannya lewat kelmarin di hadapan penduduk setinggan di Manila, Duterte juga menggesa penduduk awam Filipina membunuh penagih dadah.

“Jika anda kenal penagih dadah, bunuh saja mereka,” katanya di depan kira-kira 500 orang.

Dengan galakan daripada Duterte, polis Filipina sudah membunuh puluhan suspek penyeludup dadah sejak dia memenangi pilihan raya presiden 9 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 5:09 AM