Datuk Seri Najib menerima replika cek zakat daripada Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Datuk Seri Najib menerima replika cek zakat daripada Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Antara tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. - MOHD FADLI HAMZAH
Antara tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. - MOHD FADLI HAMZAH
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpulan Felda berjumlah RM16.3 juta kepada 13 pusat zakat negeri sempena majlis berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi.

Pada majlis itu, Najib menerima zakat daripada Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebelum diserahkan kepada wakil pusat zakat negeri.

Negeri Pahang menerima RM3.5 juta, Johor (RM2.5 juta), Sabah (RM3.3 juta), Negeri Sembilan (RM745,000), Wilayah Persekutuan (RM1.5 juta), Terengganu (RM576,000), Kelantan (RM822,000), Perak (RM524,000), Selangor (RM288,000), Kedah (RM140,000), Perlis (RM79,000), Melaka (RM45,000) dan Sarawak (RM252,000).

Terdahulu, lebih 2,000 hadir pada program berbuka puasa yang turut dihadiri menteri, menteri besar dan ketua menteri, duta, pemimpin kanan kerajaan dan 100 anak yatim dari tiga badan kebajikan.

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Amal Raudhatul Jannatul, Banting dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Klang (PEYAKIN).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 9:38 PM