Boboibiy catat jumlah kutipan sebanyak RM16 juta selepas ditayangkan selama 40 hari. FOTO FAIL NSTP
Boboibiy catat jumlah kutipan sebanyak RM16 juta selepas ditayangkan selama 40 hari. FOTO FAIL NSTP
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Filem animasi, Boboiboy: The Movie kini menduduki tangga keempat dalam carta filem tempatan dengan kutipan tertinggi.

Filem pecah panggung itu berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM16 juta selepas 40 hari ditayangkan.

Dengan 1.5 juta penonton, filem terbitan Primeworks Studios itu juga menjadi filem animasi tempatan meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Boboiboy: The Movie sekali gus berjaya mengatasi beberapa filem lain antaranya Ola Bola dengan jumlah kutipan RM15.85 juta, KL Gangster (RM11.74 juta), Ombak Rindu (RM10.9 juta), Hantu Bonceng (RM8.53 juta) dan Ngangkung (RM8.18 juta).

Tiga filem lain yang berada di atas senarai selepas Boboiboy: The Movie adalah Munafik (RM17 juta), The Journey (RM17.28 juta) dan filem yang masih kekal di tangga pertama, Polis Evo dengan kutipan RM18 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 2:43 PM