LOCAL Dayak ceria muncul juara bola sepak 9 sebelah.
LOCAL Dayak ceria muncul juara bola sepak 9 sebelah.

Mukah: Pasukan Local Dayak FC menjadi pasukan baru terkuat di kawasan luar bandar Daerah Mukah ketika ini, selepas muncul juara kejohanan Liga Bola Sepak 9-Sebelah.

Kejohanan bagi merebut Piala Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jinkin Duin berlangsung di Padang SPAD 3, Simpang Bukut Jalan Mukah-Selangau, di sini.

Dalam perlawanan akhir menentang Borneo FC, Local Dayak FC menang 1-0 menerusi gol jaringan Igul ak Ankam pada babak kedua.

Tempat ketiga milik Kickers Black manakala Danau FC keempat.

Pengerusi penganjur Tuai Rumah Jinkin Duin, 40, berkata, beliau cukup berpuas hati dengan persembahan kesemua 12 pasukan bertanding kerana walaupun bermain dalam keadaan padang becak, mereka masih beraksi dengan semangat kesukanan.

“Saya akan membentuk satu pasukan mantap bagi mewakili kawasan luar bandar untuk bersaing sambil mengasah bakat mereka bagi menghadapi kejohanan di bandar Mukah khasnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 8:08 AM