PASUKAN Ride FC dan Arena FM (jersi hijau) bergambar sebelum perlawanan bermula.  FOTO Nazri Abu Bakar
PASUKAN Ride FC dan Arena FM (jersi hijau) bergambar sebelum perlawanan bermula. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

Melaka: Pasukan Ride FC dari Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Bolasepak Melaka Legend (MLT) 2023 selepas mengatasi Arena FM 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Melaka Historic FC (MH FC) berkenaan membabitkan lapan pasukan veteran termasuk dari Selangor, Melaka dan Terengganu yang turut disertai bekas pemain kebangsaan Azmil Azali.

Penaung kejohanan Mohamad Asri Jaffar berkata, kemenangan bukan ukuran sebenar kepada penganjuran pertandingan terbabit namun silaturahim dan pendedahan pengalaman lebih penting buat komuniti sukan di negara ini.

Menurutnya, lapan pasukan bertanding membabitkan MH FC, HWM FC, Tik Tok Legend, Paya Rumput Indah, VAP FC, Otai GGK, Ride FC dan Arena FM bersaing dengan penuh semangat kesukanan.

"Kejohanan juga pentas membentuk generasi sihat dan cergas yang mementingkan penjagaan kesihatan dalam kalangan golongan dewasa dan veteran.

"Dalam masa sama ia juga pendedahan kemahiran tinggi bekas pemain negara dan negeri kepada anak muda dan pelajar sekolah yang menyaksikan kejohanan berkenaan," katanya.

Juara dan naib juara membawa pulang piala, medal dan hadiah iringan serta baucar makan malam dalam usaha penganjur meraikan pemenang.

Sementara itu, tempat ketiga dan keempat pula milik HWM dan Tik Tok Legend yang turut membawa pulang medal kejohanan yang disampaikan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Tenaga Mahir Zon Selatan (PPTMZS), Idris Jaffar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2023 @ 3:26 PM