PEMAIN UiTM ceria selepas menjuarai Grand Final Futsal IPT 2015 di UIA Kuantan, baru-baru ini.
PEMAIN UiTM ceria selepas menjuarai Grand Final Futsal IPT 2015 di UIA Kuantan, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Grand Final Kejohanan Futsal IPT 2015 yang berlangsung di Indoor Arena Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Perlawanan akhir itu menyaksikan UiTM menewaskan pasukan tuan rumah UIA, 2-0.

Terdahulu, pada separuh akhir, UiTM menang tipis dengan menewaskan Kolej Komuniti Johor (KKJ) 5-4. UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala pusingan serta pingat.

Hadiah disampaikan Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi Hazally Jali.

Pengurus pasukan UiTM Mohammad Ezuan Othman berkata pemain memberi komitmen baik apabila bermain dengan penuh semangat kesukanan.

“Dengan sokongan daripada pihak pengurusan, mereka beraksi cemerlang sejak dari awal sehingga perlawanan akhir,” katanya.

Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah UIA, KK Johor, KK Selangor, Politeknik Pahang, UTHM, KPTM Bangi, UNITEN, UiTM Melaka, UniKL, UMP, KUIM, UM, UTP, UUM dan UMT.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 8:40 AM