KETUA Polis Daerah Kampar Superintendan, Ng Kong Soon. FOTO Muhaizan Yahya.
KETUA Polis Daerah Kampar Superintendan, Ng Kong Soon. FOTO Muhaizan Yahya.
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Suspek lelaki, 43, ditahan jam 11.40 pagi tadi di Jalan Idris, Kampar, selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang warga emas berusia 61 tahun.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, Loo Chee Mun ditemui mati dengan enam kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan di depan rumahnya di Jalan Hospital, Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, suspek ditahan di dalam sebuah kereta bersama majikannya namun siasatan mendapati majikannya tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Menurutnya, polis sedang melakukan siasatan untuk mencari bahan bukti iaitu pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kes bunuh itu.

"Suspek akan direman esok bagi membolehkan siasatan lengkap dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ditemui selepas Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak 2015 di Dewan Serbaguna Pasukan Gerakan Udara di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 1:30 PM