DATUK Seri Najib Razak diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (tiga dari kiri) melawat ke tapak pameran selepas Majlis Pelancaran MINDA di Tebingan Kuching. FOTO Nadim Bokhari
DATUK Seri Najib Razak diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (tiga dari kiri) melawat ke tapak pameran selepas Majlis Pelancaran MINDA di Tebingan Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Fasa satu pembangunan perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak sudah 85 peratus selesai membabitkan kos RM290 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan bandar selesai sepenuhnya dan kini pelaksaan projek dijalankan di luar bandar.

Katanya, ia membabitkan penambahan menara telekomunikasi bagi memastikan pengguna di negeri ini mendapat liputan 3G dan 4G.

Menurutnya, pelaksanaan Internet berkelajuan tinggi turut dilaksanakan bagi memastikan kawasan bandar menerima 10mbps Internet dan luar bandar antara empat hingga 10mbps.

"Penambahbaikan sistem telekomunikasi ini memerlukan perbelanjaan besar dan fasa kedua akan dilancarkan, April ini, dengan kos RM1.8 bilion.

"Pelaksanaan projek dijalankan dengan kerjasama syarikat swasta. Selain itu, projek kabel dasar laut yang membabitkan kos RM850 turut dilaksanakan dalam tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Tebingan Kuching, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 12:45 PM