PENDUDUK kampung turut membantu bomba memadam kebakaran. FOTO Safuri Kamarudin
PENDUDUK kampung turut membantu bomba memadam kebakaran. FOTO Safuri Kamarudin
API yang semakin merebak di puncak Gunung Pulai. FOTO Safuri Kamarudin
API yang semakin merebak di puncak Gunung Pulai. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin


Baling: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah terpaksa mengepam air Sungai Ketil untuk dibawa ke tiga takungan air yang disediakan di beberapa tempat di kawasan kebakaran puncak Gunung Pulai bagi memadamkan api yang sudah merebak 10 hektar.

Kebakaran di gunung itu semakin merebak sehingga ke kawasan pergunungan Kampung Padang Cik Mas, di sini, sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan JBPM Kedah, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi memadam di gunung itu sukar jika dibandingkan dengan operasi memadam api di Gunung Baling dua minggu lalu.

Menurutnya, kesukaran untuk mendaki kerana tidak ada banyak jalan untuk sampai di tempat terbakar menyebabkan anggota penyelamat perlu berhati-hati.

"Dengan bantuan malim gunung di situ, kita berpecah kepada tiga kumpulan dan membawa peralatan memadam serta bekalan makanan ke puncak berkenaan.

“€œPesawat Agusta juga turut membuat pemantauan kawasan kebakaran dan operasi memadam dilakukan dengan berhemah kerana kawasancuramdan bahay” katanya.

Mohamad Yunus berkata, anggota bomba juga akan bermalam di puncak gunung sekiranya operasi memadam belum tamat kerana keadaan geografi di puncak gunung berkenaan menyukarkan untuk turun naik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 7:45 PM