BOMBA memadamkan kebakaran Gunung Pulai. FOTO Safuri Kamarudin
BOMBA memadamkan kebakaran Gunung Pulai. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin


Baling: Usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan malim gunung mengawal dan memadamkan kebakaran di Gunung Pulai seluas 10 hektar masuk hari ketiga, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi memadam dilakukan dengan pecahan tiga kumpulan anggota penyelamat kerana kesukaran di puncak itu.

"Hasil bantuan penduduk dan malim gunung, kita membina tiga takungan air bagi memadam api,” katanya.

Cuaca panas dan angin kencang turut menyukarkan anggota memadam kerana api merebak dari satu tempat ke tempat lain dan terdapat kebakaran baru di puncak Gunung Pulai menghala ke Gunung Baling, katanya.

Namun, di kawasan pergunungan berhampiran Kampung Padang Cik Mas yang terbakar semalam, api dapat dikawal sepenuhnya dengan bantuan penduduk tempatan, katanya.

Lebih 100 anggota penyelamat termasuk malim gunung terbabit dalam usaha ini.

Anggota penyelamat terpaksa bermalam di puncak untuk mengawal api daripada merebak dan kerana keadaan jalan yang sukar untuk berulang alik turun naik ke gunung itu, katanya.

“Lebih 100 anggota penyelamat termasuk malim gunung yang terbabit terpaks bermalam di puncak untuk mengawal api daripada merebak dan kerana keadaan jalan yang sukar untuk berulang alik turun naik ke gunung itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 3:42 PM