FOTO mohd Radzi Bujang
FOTO mohd Radzi Bujang
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi dikhuatiri bakal menyebabkan beberapa kawasan banjir yang sudah surut dinaiki air semula.

Sehingga kira-kira 8 pagi ini, 2,366 mangsa daripada 668 keluarga masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuching, Bau, Serian dan Kota Samarahan.

Jurucakap Sakretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata 43 pusat pemindahan sudah ditutup.

“Penduduk diingatkan supaya berjaga-jaga dan diminta berpindah sekiranya kawasan rumah mereka dinaiki air semula," katanya.

Sehingga ini, 850 mangsa daripada 201 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan di Kuching.

Di Bau, satu-satunya pusat pemindahan yang dibuka menempatkan 23 mangsa daripada empat keluarga.

Serian mencatatkan jumlah tertinggi apabila 1,413 mangsa daripada 439 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Ini diikuti di Kota Samarahan yang menempatkan 80 mangsa daripada 24 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 9:57 AM