KLOPP (dua dari kiri) tak puas hati dengan keputusan Taylor. FOTO Reuters
KLOPP (dua dari kiri) tak puas hati dengan keputusan Taylor. FOTO Reuters
AFP

Sunderland, England: Juergen Klopp, pengurus yang menceriakan Liga Perdana Inggeris dengan jenaka spontan dan kenyataan aneh, mempamerkan sisi gelapnya apabila Liverpool kehilangan dua mata kepada Sunderland.

Keputusan seri 2-2 dengan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran tidak dinafikan satu kekecewaan buat Liverpool kerana pasukan dengan aspirasi juara menang di gelanggang Stadium of Light seperti yang dilakukan Chelsea dua minggu lalu.

Namun, gol daripada Daniel Sturridge dan Sadio Mane ternyata masih belum mencukupi apabila Liverpool dua kali mensia-siakan kelebihan apabila bolos dua penalti yang disempurnakan Jermain Defoe.

Klopp tidak menyukai apa yang dilihatnya dan tidak menyembunyikan perasaannya.

“Minta maaf angin saya kurang baik,” katanya pada akhir penilaian terhadap keputusan seri, yang meletakkan Liverpool di tangga kedua, lima mata di belakang pendahulu Chelsea.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 8:02 AM