MOURINHO (kanan)  puas hati dengan aksi Luke Shaw. FOTO Reuters
MOURINHO (kanan) puas hati dengan aksi Luke Shaw. FOTO Reuters
AFP

Sunderland, England: Pengurus Manchester United Jose Mourinho mengambil tindakan awal bagi memulihkan hubungannya yang bermasalah dengan pertahanan England, Luke Shaw.

Masa depan Shaw dikatakan tidak menentu berikutan kritikan terbuka pengurus dari Portugal itu selepas beliau mempersoalkan komitmen pemain berusia 21 tahun itu yang dibawa masuk pengurus sebelum ini, Louis van Gaal dari Southampton pada 2014.

Shaw terlepas aksi hampir sepanjang musim lalu kerana kecederaan dan bergelut mendapatkan tempat sebagai pemain utama sejak Mourinho mengendalikan kelab itu sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, selepas menegaskan akan melakukan apa saja yang termampu untuk cemerlang di Old Trafford, pemain pertahanan itu tampil di depan pengurus England Gareth Southgate untuk menang 3-0 di Sunderland yang terus mengekalkan harapan United layak ke Liga Juara-Juara dengan menduduki empat tangga teratas.

Mourinho mendedahkan beliau terfikir untuk menggantikan Shaw selepas rehat sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima kad kuning namun bimbang jika tindakan itu disalah ertikan sebagai satu lagi layanan dingin terhadap pemain itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 7:32 AM