Adeline enggan komen kisah cintanya dengan lelaki berstatus suami orang. Foto NSTP
Adeline enggan komen kisah cintanya dengan lelaki berstatus suami orang. Foto NSTP
Oleh Garret Dawum


Kuala Lumpur: Penyanyi Adeline enggan mengulas gambar mesranya dengan lelaki berstatus suami orang yang tersebar di Internet hari ini.

"Beri saya masa untuk membuat penjelasan. Setakat ini, saya tak mahu mengulas apa-apa," kata penyanyi Adeline Joyce Masidah atau Adel, 23, berhubung kisah cintanya dengan lelaki berstatus suami orang.

Adel yang juga finalis program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi komen berkenaan perkara itu.

"Saya minta maaf. Biarlah perkara itu hanya diketahui oleh saya dan orang yang dikaitkan.

"Apabila tiba masa yang sesuai nanti saya akan bercakap mengenainya. Kita tengok sajalah apa yang akan berlaku seterusnya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu dikaitkan dengan seorang kontraktor yang juga bapa kepada tiga anak, malah Adel turut didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga lelaki terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:12 PM