ONE Direction cipta kejayaan buat diri mereka.
ONE Direction cipta kejayaan buat diri mereka.
PERSEMBAHAN hebat Nicki Minaj, Jessie J dan Ariana  Grande.
PERSEMBAHAN hebat Nicki Minaj, Jessie J dan Ariana Grande.
TAYLOR Swift mempersembahkan Blank Space.
TAYLOR Swift mempersembahkan Blank Space.
Susunan Georgie Joseph

Di sebalik pelbagai spekulasi yang mendakwa boyband paling berpengaruh abad ini, One Direction semakin berantakan, nampaknya semua itu hanya tanggapan liar lantaran kumpulan itu semakin kukuh kini.

Semalam, boyband British dianggotai Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson juga mengetepikan penghibur nama besar lain apabila dinobatkan Artis Terbaik Tahun Ini di Anugerah Muzik Amerika (AMAs) 2014.

Terbaru muncul dengan lagu-lagu baru yang cukup memberi kesan termasuk Steal My Girl dan Night Changes, boyband berkenaan dilihat bakal menakluk dunia bermula tahun depan.

Selain kekuatan lagu terbaru mereka, kemenangan itu sekali gus menjadi petanda boyband itu sudah bersedia untuk menggegar industri muzik semula meskipun dengan kemunculan ramai artis baru.

Berjaya menggondol trofi utama itu, One Direction mengetepikan Iggy Azalea, Beyonce, Luke Bryan, Eminem, Imagine Dragons, John Legend, Lorde, Katy Perry dan Pharrell Williams dalam kategori berkenaan.

Cukup menarik perhatian tentunya kategori Artis Baru Terbaik yang menyaksikan nama unggul seperti Sam Smith, Iggy Azalea, Bastille, Meghan Trainor dicalonkan. Namun, jelas boyband kelahiran Australia, 5SOS lebih kukuh namanya kala ini untuk menggondol trofi itu.

Tidak dinafikan, boyband dianggotai empat anak muda itu semakin melakar kejayaan tersendiri apatah lagi lagu mereka berjudul Amnesia meledakkan lagi nama kumpulan terbabit.

Pada malam gilang-gemilang berlangsung di Teater Nokia, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, apapun nama beberapa diva turut menyinar meskipun tidak dapat bersama-sama menyertai kehangatannya.

Siapa mampu menidakkan kuasa dua penyanyi hebat Katy Perry dan Beyonce yang nampaknya masih belum tergugat oleh penyanyi lain terutama sekali penyanyi baru. Katy turut unggul pada malam itu apabila membawa pulang trofi Artis Pop Rock Wanita Pilihan, Single Terbaik (Dark Horse feat Juicy J), serta Artis Dewasa Kontemporari Terbaik. Beyonce pula menggondol trofi Artis Soul/R&B Wanita Pilihan serta Album Soul/R&B Pilihan.

Selain 5SOS, penyanyi senegara mereka iaitu penyanyi hip-hop wanita Iggy Azalea juga antara artis baru yang cukup membanggakan pada malam itu. Penyanyi berkenaan diumumkan pemenang kategori Artis Rap/Hip-Hop Pilihan dan Album Rap/Hip-Hop Pilihan.

Tidak ketinggalan, pentas juga bertukar medan 'panas' malam itu apabila kebanyakan penghibur wanita tampil seksi menyanyikan lagu popular mereka. Jennifer Lopez yang turut bergandingan dengan Pitbull, Iggy bersama Rita Ora, Fergie serta gandingan mantap Jessie J, Ariana Grande dan Nicki Minaj menerusi lagu berhantu mereka Bang Bang.

Senarai pemenang AMAs 2014

Artis Terbaik Tahun Ini

-Iggy Azalea

-Beyonce

-Luke Bryan

-Eminem

-Imagine Dragons

-John Legend

-Lorde

-One Direction (PEMENANG)

-Katy Perry

-Pharrell Williams

Artis Rap/Hip-Hop Pilihan

-Iggy Azalea (PEMENANG)

-Drake

-Eminem

Artis Baru Terbaik

-5 Seconds of Summer (PEMENANG)

-Iggy Azalea

-Bastille

-Sam Smith

-Meghan Trainor

Artis Alternatif Rock Pilihan

-Bastille

-Imagine Dragons (PEMENANG)

-Lorde

Artis Pop/Rock Wanita Pilihan

-Iggy Azalea

-Lorde

-Katy Perry (PEMENANG)

Album Pop/Rock Pilihan

-Lorde-Pure Heroine

-One Direction-Midnight Memories (PEMENANG)

-Katy Perry-Prism

Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan

-John Legend

-Sam Smith (PEMENANG)

-Pharrell Williams

Artis Latin Pilihan

-Marc Anthony

-Enrique Iglesias (PEMENANG)

-Romeo Santos

Album Rap/Hip-Hop Pilihan

-Iggy Azalea-The New Classic (PEMENANG)

-Drake-Nothing Was The Same

-Eminem-The Marshall Mathers LP 2

Band, Duo/Kumpulan Pop/Rock Pilihan

-Imagine Dragons

-One Direction (PEMENANG)

-OneRepublic

Single Terbaik Tahun Ini

-Iggy Azalea Featuring Charli XCX-Fancy

-John Legend-All of Me

-MAGIC!-Rude

-Katy Perry Featuring Juicy J-Dark Horse (PEMENANG)

-Pharrell Williams-Happy

Artis Soul/R&B Lelaki Pilihan

-Chris Brown

-John Legend (PEMENANG)

-Pharrell Williams

Artis Soul/R&B Wanita Pilihan

-Jhene Aiko

-Beyonce (PEMENANG)

-Mary J Blige

Album Soul/R&B Pilihan

-Beyonce-Beyonce (PEMENANG)

-John Legend-Love in the Future

-Pharrell Williams-G I R L

Artis Dewasa Kontemporari Pilihan

-Sara Bareilles

-OneRepublic

-Katy Perry (PEMENANG)

Artis Muzik Elektronik Dance (Edm) Pilihan

-Avicii

-Calvin Harris (PEMENANG)

-Zedd

Soundtrack Terbaik

-Frozen-(PEMENANG)

-The Fault In Our Stars

-Guardians of the Galaxy: Awesome Mix, Vol. 1

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:00 AM