TAYLOR Swift menang Artis Terbaik.
TAYLOR Swift menang Artis Terbaik.
Georgie Joseph

WALAUPUN dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa kehadiran penonton kecuali artis yang terbabit,

American Music Awards 2020 (AMA2020) berlangsung meriah di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Dihoskan pelakon Taraji P Henson, acara pengiktirafan muzik terbesar di AS itu menyaksikan nama-nama dominan tetap mendominasi kemenangan seperti Taylor Swift, Justin Bieber dan The Weeknd.

Swift, 30, menang bagi kategori Artis Terbaik, Muzik Video Kegemaran menerusi lagu Cardigan dan Artis Wanita Pop/Rock Kegemaran. Bieber, 26, membawa pulang trofi Artis Lelaki Pop/Rock Kegemaran, Kolaborasi Terbaik dan Lagu Country kegemaran menerusi 10,000 Hours bersama Dan+Shay.

Berkongsi mengenai kemenangan itu, Swift yang memutuskan untuk tidak hadir dengan alasan sibuk menjalani rakaman lagu.

"Saya tidak dapat hadir kerana sedang merakam lagu-lagu lama di studio di tempat asal ia dirakamkan. Prosesnya sangat mengagumkan dan saya tidak sabar untuk memperdengarkan kepada anda.

THE Weeknd hadir dengan wajah berbalut.
THE Weeknd hadir dengan wajah berbalut.

"Ini adalah anugerah berdasarkan undian peminat dan sangat bermakna buat saya. Anda sememangnya sangat luar biasa sepanjang karier saya, tapi untuk yang satu ini sangat istimewa selepas lama kita tidak bersua.

"Kita tidak dapat bertemu di sebarang konsert, namun masih dapat rasakan hubungan kita menerusi muzik. Reaksi anda terhadap album Folklore benar-benar di luar jangkaan saya," katanya menerusi sebuah klip video.

Sementara itu, The Weeknd, 30, yang hadir dengan wajahnya berbalut memenangi kategori Artis Lelaki Soul/R&B Kegemaran, Album Soul/R&B Kegemaran dan Lagu Soul/R&B Kegemaran menerusi Heartless.

Penyanyi Blinding Lights itu bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang berlaku dengan wajahnya sehingga dibalut sebegitu. Ada yang mendakwa penampilan itu cuma sekadar eskpresi seni.

Artis Baharu Terbaik pula dimenangi Doja Cat yang turut membawa pulang trofi Artis Wanita Soul/R&B Kegemaran. Kumpulan BTS dari Korea Selatan pula menang Artis Sosial Kegemaran serta Duo/Berkumpulan Pop/Rock Kegemaran.

KATY Perry antara yang membuat persembahan.
KATY Perry antara yang membuat persembahan.

AMA2020 tahun ini diadakan dalam penganjuran yang mematuhi garis panduan pandemik Covid-19 ditetapkan. Tahun ini, pencalonan didominasi The Weeknd dan Roddy Rich, masing-masing dengan lapan kategori.

Antara yang membuat persembahan adalah Billie Eilish, Shawn Mendes, Justin Bieber, Katy Perry, Jennifer Lopez and Maluma, The Weeknd with Kenny G, BTS, Megan Thee Stallion, Dua Lipa, Dan+Shay dan ramai lagi.

Turut membuat persembahan ialah Katy Perry menerusi kemunculan terbaharunya selepas melahirkan anak beberapa bulan lalu. Perry yang juga tunang Orlando Bloom menghiburkan penonton di rumah dengan lagu Only Love bersama Darius Rucker.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 6:45 AM