JU Zamri dari Kuantan yang memenangi Honda City.
JU Zamri dari Kuantan yang memenangi Honda City.

Putrajaya: Seorang guru, Ju Zamri Nor Shah dinobatkan sebagai pemenang utama apabila berjaya membawa pulang kereta Honda City 1.5L S+ yang bernilai hampir RM80,000 melalui kempen Festival Agrobank.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, kempen berlangsung dari 20 November 2014 sehingga 31 Mei 2015 lalu dilaksanakan dengan kolaborasi Syarikat Takaful Malaysia (STMB) yang bertujuan untuk mempromosikan produk takaful dan menggalakkan orang ramai mendapatkan perlindungan dengan harga berpatutan.

“Ini antara inisiatif bank untuk mempromosikan pembiayaan peribadi Agrocash-i dan juga perlindungan takaful dengan harga yang sangat berpatutan.

“Agrobank komited memberikan perkhidmatan kewangan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Dalam apa jua keadaan ekonomi, perlindungan takaful penting untuk melindungi keluarga, jadi penting untuk orang ramai mendapatkannya dengan harga yang tidak membebankan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kempen terbabit terbuka kepada pelanggan Agrobank yang mendaftar dengan produk Insurans Takaful Kasih (kini dikenali sebagai Takaful Kasih Plus+) dan pemohon pembiayaan peribadi Agrocash-i.

Memandangkan mendapat sambutan memberangsangkan, Agrobank berhasrat meneruskan program terbabit dan sudah merangka kempen Festival Agrobank buat kali ketiga dengan format baru yang dijangka bermula Mac depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 7:46 AM