CHAN menunjukkan pelbagai alat tulis yang ditawarkan pada harga istimewa.
CHAN menunjukkan pelbagai alat tulis yang ditawarkan pada harga istimewa.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) melancarkan kempen Kembali ke Sekolah 2020 yang menawarkan semua kelengkapan sekolah di bawah satu bumbung pada harga berpatutan.

Pengarah Bukan Makanan dan Pelbagai Saluran Tesco, Janice Chan berkata, sesuai dengan nilai Setiap Bantuan Bermakna di Tesco, pihaknya bekerja keras untuk memastikan barang keperluan kembali ke sekolah ditawarkan pada harga berpatutan.

"Dalam menangani kebimbangan yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa ketika membeli-belah di luar, pakaian, kasut dan stoking sekolah kami juga boleh dibeli untuk pertama kalinya di kedai rasmi kami di Lazada.

"Ini cara yang kami tawarkan bukan sahaja nilai untuk wang, tetapi juga kemudahan kepada pelanggan kami," katanya.

Untuk kempen ini berlangsung dari 7 Disember 2020 hingga 20 Januari 2021, Tesco membawa set pakaian seragam sekolah rendah A-Star, lengkap dengan tiga pasang stoking dan kasut dengan harga kurang dari RM38.

Kedua-dua kemeja dan blaus lengan pendek A-Star Primary pula diberikan harga serendah RM9.

Untuk membantu ibu bapa dan anak mencari saiz pakaian yang sesuai, Tesco juga menyiapkan garis panduan ukuran dalam katalog mingguannya, yang juga dapat diakses dengan mengimbas kod QR 'Kembali ke Sekolah' yang akan tersedia sepanjang tempoh kempen.

Selain itu, Tesco juga membawa barangan keperluan kebersihan seperti pelitup dan pelindung muka bersaiz kanak-kanak, cecair pembersih tangan dan sabun tangan agar anak-anak dapat kekal sihat dan selamat ketika di sekolah.

Malah, Tesco menawarkan beg galas dari harga serendah RM10.90, sementara beg troli bermula dari RM49.90.

Bekas makanan dan botol air akan dijual dari harga serendah RM2 dan RM5 masing-masing sementara pelbagai alat tulis, buku nota dan folder terpilih mendapat potongan 50 peratus sepanjang tempoh kempen ini.

Watak-watak popular dari Frozen 2, Marvel, My Little Pony, Boboiboy, Spiderman dan unicorn mitos yang selalu popular juga dipaparkan pada item terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 7:00 AM