SESI bertemu antara watak kartun dan kanak-kanak.
SESI bertemu antara watak kartun dan kanak-kanak.
MENARI beramai-ramai mengikut rentak.
MENARI beramai-ramai mengikut rentak.
PEMINAT cilik tidak sabar mengambil bahagian dalam acara dianjurkan.
PEMINAT cilik tidak sabar mengambil bahagian dalam acara dianjurkan.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Dalam usaha memberi inspirasi dan menggalakkan kanak-kanak Malaysia lebih prihatin terhadap nasib orang lain selain menghargai persahabatan, Hasbro Toy Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen Friendship is Magic.

Kempen berlangsung selama tiga bulan itu turut diiringi karnival yang menyaksikan penyerahan sumbangan permainan My Little Pony bernilai RM31,933 kepada beberapa komuniti anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Malaysian Care.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Jenama Hasbro Toy Malaysia Verene Lee kepada Pengarah Komunikasi Malaysian Care Joyce Thong.

Pengurus Pemasarannya di Malaysia dan Singapura Regina Toh berkata, permainan itu dipilih memandangkan ia melambangkan kuasa persahabatan, seterusnya mampu memupuk sifat empati dan suka berkongsi dalam kalangan kanak-kanak.

“Sambutan masyarakat amat memberangsangkan dan terharu dengan kemurahan hati mereka.

“Selain itu, kami juga rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Malaysian Care untuk mengagihkan permainan kepada kanak-kanak,” katanya.

Melalui karnival diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, ratusan kanak-kanak dibawa menerokai pengembaraan persahabatan My Little Pony menerusi pelbagai aktiviti dan cabaran menyeronokkan.

Sesi suai kenal bersama karakter kartun berkenaan yang mempunyai sifat peramah dan jujur, turut diadakan di samping tayangan episod siri terbaru dan sesi nyanyian beramai-ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:01 AM