DARI luar, ia kelihatan sama seperti rumah teres tengah lain yang bersaiz sederhana.
DARI luar, ia kelihatan sama seperti rumah teres tengah lain yang bersaiz sederhana.
DRACUP ketika operasi penggalian gua ‘gaya Colditz’ pada 1991. Dia menamatkan kerjanya pada pertengahan 1990-an.
DRACUP ketika operasi penggalian gua ‘gaya Colditz’ pada 1991. Dia menamatkan kerjanya pada pertengahan 1990-an.
BERDASARKAN pelan lantai, gua ini terbentang di belakang hartanahnya, meliputi hampir dua kali lebih luas daripada rumah asal.
BERDASARKAN pelan lantai, gua ini terbentang di belakang hartanahnya, meliputi hampir dua kali lebih luas daripada rumah asal.
RUMAH luar biasa ini hampir tidak dapat dikesan dari jauh menyebabkan jiran tidak menyedari pengubahsuaian gua rahsia itu.
RUMAH luar biasa ini hampir tidak dapat dikesan dari jauh menyebabkan jiran tidak menyedari pengubahsuaian gua rahsia itu.
TAMAN di belakang rumah. Jendela langit ditetapkan ke patio mendedahkan bangunan itu memanjang di bawah tanah dalam gua.
TAMAN di belakang rumah. Jendela langit ditetapkan ke patio mendedahkan bangunan itu memanjang di bawah tanah dalam gua.
DRACUP turut mencipta taman teres menegak di atas gua dipenuhi  ciri-ciri rekaan halus sehinggakan juruukur udara tempatan menganggap ia kesan peninggalan kehancuran Rom.
DRACUP turut mencipta taman teres menegak di atas gua dipenuhi ciri-ciri rekaan halus sehinggakan juruukur udara tempatan menganggap ia kesan peninggalan kehancuran Rom.
KEDIAMAN yang menjadi tempat tinggal Dracup pada 1980-an hingga 90-an digunakan pada masa lalu sebagai rumah percutian tetapi kini akan dijual.
KEDIAMAN yang menjadi tempat tinggal Dracup pada 1980-an hingga 90-an digunakan pada masa lalu sebagai rumah percutian tetapi kini akan dijual.
JENDELA langit dapat dilihat dari dalam bangunan. Dracup menghabiskan masa bertahun-tahun mengintegrasi gua ke dalam rumahnya.
JENDELA langit dapat dilihat dari dalam bangunan. Dracup menghabiskan masa bertahun-tahun mengintegrasi gua ke dalam rumahnya.
SET tangga dalam bilik tidur kediaman ini membawa kepada loteng di bahagian atas rumah yang menyediakan ruang tambahan untuk bakal pembeli.
SET tangga dalam bilik tidur kediaman ini membawa kepada loteng di bahagian atas rumah yang menyediakan ruang tambahan untuk bakal pembeli.
BILIK air di rumah itu turut dihiasi jubin biru, gaya vintaj bebas mandi dan sinki bercorak.
BILIK air di rumah itu turut dihiasi jubin biru, gaya vintaj bebas mandi dan sinki bercorak.
UKIRAN kubah siling berkeluasan 60.3 meter persegi memberi tambahan ruang. Gerbang Gothik dibuat menggunakan pasir kitar semula daripada penggalian.
UKIRAN kubah siling berkeluasan 60.3 meter persegi memberi tambahan ruang. Gerbang Gothik dibuat menggunakan pasir kitar semula daripada penggalian.
Susunan Siti Salmiah A Hamid


Dilihat dari luar, ia kelihatan sama seperti mana-mana rumah teres unit tengah lain yang bersaiz sederhana.

Tetapi sewaktu melangkah ke pintu depan, anda secara automatik akan merasai kelainan pada rumah itu kerana hartanah di Bridgnorth, Shropshire, England, United Kingdom, ini berbeza daripada kebiasaan.

Kemegahannya bukan hanya terletak pada dua bilik tidur, ruang tamu dan dapur, tetapi ia juga memiliki taman bumbung tersembunyi dengan siling berkubah mengagumkan serta gua rahsia.

Rumah itu yang kini dijual pada harga RM1,216,425 dahulunya dimiliki artis pelik, Antony Dracup yang menghabiskan masa bertahun-tahun mengintegrasi gua batu pasir di belakang hartanah itu dalam rumahnya.

Sepanjang hayat Dracup yang meninggal dunia pada 2002 ketika berusia 72 tahun, dia meninggalkan cap peribadi pada setiap rumah yang dihuninya dengan menambah gerbang, tiang dan kaca berwarna bersama harta tertentu selepas pelbagai rombakan dilihat sangat mengagumkan.

Selepas berpindah masuk ke rumah itu pada 1980-an, Dracup yang berhenti kerja di pejabat untuk menjadi seorang artis profesional pada 1963 mengambil masa bertahun-tahun untuk meratakan lantai dan mengorek jauh di dalam gua dengan tangannya sendiri untuk mewujudkan ruang besar kawasan hiburan dengan siling berkubah dan 24 tiang.

Pintu gerbang berseni Gothik diperbuat daripada pasir kitar semula yang digalinya. Hasil kerja kerasnya menghasilkan sekitar 60.3 meter persegi tambahan pada tempat penginapan dengan pembentukan gua yang mengambil separuh daripada keseluruhan rumah itu walaupun ia lebih menyerupai rumah Hobbit sebenar.

“Dia tidak berpuas hati dengan kedudukan gua yang melewati halaman belakang rumahnya lalu mengambil keputusan meratakan lantai dan membina beberapa bilik di dalam gua di kawasan hartanahnya.

“Dalam gaya Colditz sebenar walaupun sedikit tapi berterusan setiap hari dia mengukir jauh di dalam gua. Kegigihan bapa saya menyebabkan dia dikurniakan otot dan dada yang kuat serta tambahan ruang rumah,” kata anak lelaki Dracup, Dennis pada satu laman web yang didedikasi untuk bapanya.

Dracup juga mengubah tangga asal menjadi tangga berputar serta membina lapisan tambahan batu-bata bagi membolehkan rumahnya kalis bunyi.

Di bahagian atas gua itu, ada dua bilik tidur dan loteng serta ruang dapur dan ruang tamu di tingkat bawah.

Meskipun kerja pengubahsuaian Dracup pada rumah itu berakhir pada pertengahan 1990-an, beliau turut mencipta taman teres menegak yang menakjubkan di atas gua yang dipenuhi ciri-ciri rekaan halus sehingga juruukur udara tempatan menganggap ia kesan peninggalan kehancuran Rom.

Kediaman unik itu digunakan pada masa lalu sebagai rumah sewa percutian tetapi kini ia berada dalam pasaran dengan harga RM1,217,185.

Pengurus jualan di Nock Deighton, Andrew Ainge berkata: “Ia benar-benar sesuatu yang menarik mempunyai gua berkubah di belakang hartanah anda.

“Kebanyakan rumah di Bridgnorth memiliki gua di halaman belakang, tetapi saya tak pernah melihat rumah seperti sebelum ini. Ia benar-benar luar biasa dan panjang untuk sesetengah orang memasukinya.

“Ia akan membuatkan orang yang mempunyai watak tersendiri akan jatuh cinta pada rumah ini. Jika anda mahu mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran dan melayan tetamu, ia sesuatu yang sempurna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 11:49 AM