Restoran yang berlaku kejadian tembak malam tadi.
Restoran yang berlaku kejadian tembak malam tadi.
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ke arah siling sebuah restoran makanan laut di Medan Ipoh, di sini, sebelum melarikan diri pada 10 malam tadi.

Ketika kejadian terdapat tiga pelanggan di dalam restoran berkenaan namun tiada sesiapa yang cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi keledar.

"Lelaki itu masuk ke dalam restoran dan melepaskan satu das tembakan ke arah siling restoran berkenaan.

"Suspek kemudian terus melarikan diri dan ketika itu, terdapat tiga pelanggan serta seorang pekerja di dalam restoran, namun tiada sesiapa yang cedera," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 1:30 AM