PISAU kerambit digunakan untuk menikam mangsa. Foto ihsan Polis
PISAU kerambit digunakan untuk menikam mangsa. Foto ihsan Polis
Oleh Omar Osman


Sungai Petani: Anggota polis berpangkat koperal berusia 39 tahun cedera di belakang kepala, bahu dan pinggang selepas ditikam teman wanita berusia 19 tahun di kediaman lelaki terbabit di Bandar Sri Astana, Sungai Petani, 2.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisiner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang bertugas di bahagian trafik di Pulau Pinang bertengkar dengan suspek berpunca akibat selisih faham berkaitan gambar bekas isteri mangsa di dalam telefon bimbitnya selain terdapat mesej SMS.

Menurutnya, pertengkaran itu bertukar sebaliknya apabila suspek yang juga seorang janda bertindak mengambil pisau kerambit dan terus menikam mangsa.

œSelepas menikam teman lelakinya, suspek kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan” katanya.

Md Zukir berkata, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 3:29 PM