RIDZUAN (kiri) bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Md Shariff (kanan) menunjukkan daging yang mempunyai tanda halal yang tidak diiktiraf. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
RIDZUAN (kiri) bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Md Shariff (kanan) menunjukkan daging yang mempunyai tanda halal yang tidak diiktiraf. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Akibat menggunakan logo halal tidak diiktiraf, 117 bungkusan daging lembu dan kambing dari Australia bersama 100 keropok ikan dan udang bernilai RM2,000 dirampas dalam operasi di sebuah pasar raya di Jalan Tanjong Tokong di sini, petang tadi.

Operasi 3 petang hingga 5 petang itu membabitkan 10 pegawai penguat kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) hasil aduan awam yang diterima.

Ketua Unit Perihal Dagangan, KPDNKK negeri, Ridzuan Mat Isa berkata, dalam Ops Perihal Dagangan dan Penggunaan Logo Halal yang dilakukan pihaknya mendapati semua daging lembu dan kambing itu dipamerkan secara terbuka di rak jualan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pihak pengurusan pasar raya berkenaan menjual daging, limpa, hati, pati-paru yang dibungkus itu menggunakan logo halal yang tidak dibenarkan dan tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, bungkusan daging diimport dari Australia hanya memiliki sijil halal luar negara selain pihak pasar raya berkenaangagal mengemukakan dokumen pengesahan halal dan gagal memberi bukti pembelian (invoice) kepada pegawai penguat kuasa KPDNKK ketika diminta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 7:05 PM