Gambar restoran yang tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
Gambar restoran yang tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
Muhamad Izzat Nasuruden


Batu Gajah: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) mengesahkan sebuah premis makanan di daerah ini tidak mempunyai sijil halal.

Premis yang juga restoran terkenal di sini tular di laman sosial selepas status halalnya diragui dengan dakwaan menyediakan sajian tidak halal.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai status halal premis berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis itu bukan beragama Islam manakala enam daripada 11 pekerja di situ adalah bukan Islam.

"Kita juga menemukan daging kambing yang dipercayai dibekalkan oleh pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.

"Semua daging kambing di premis itu disita dan kes disiasat mengikut Perintah 4 (1) dan (2) Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 6:43 PM