Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Seorang lelaki yang menggunakan nama Aduka Taruna di Facebook (FB), ditahan polis, pagi tadi di Kelantan selepas disyaki menghina dan menghasut Institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan, kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes menghina dan menghasut Institusi Kesultanan Johor bersabit laporan polis yang dibuat di Balai Polis Skudai di sini, semalam.

"Polis merampas telefon bimbit dan komputer riba.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 5:13 PM