Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar di Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jeneral Fadzlette Othman Merican Idris Merican ketika dihubungi berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu adalah palsu," katanya.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook dipercayai milik Ali, menyatakan: "Aku diangkut Interpol...Sultan Johor punya balaci ada sekali.. malam ni dibawa pulang ke Malaysia...esok tiba di KLIA dalam 12 tgh hari ...`Never give up, never surrender! Alerta Alerta, anti Fascista’.

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi kesultanan negara ini melalui akaun Facebook miliknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 4:22 PM