PESERTA berpeluang menyediakan manisan selepas tamat program.
PESERTA berpeluang menyediakan manisan selepas tamat program.
PESERTA berpeluang menyediakan manisan selepas tamat program.
PESERTA berpeluang menyediakan manisan selepas tamat program.
TAY (dua dari kanan) memberikan panduan kepada peserta.
TAY (dua dari kanan) memberikan panduan kepada peserta.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Ada sesetengah orang makan hanya untuk mengisi perut. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok. Ada benarnya pepatah mengatakan ‘anda apa yang anda makan’. Benarlah makanan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Ada yang sihat dan ada sebaliknya juga bergantung kepada apa yang dimakan seharian.

Pemakanan sihat juga menyebabkan seseorang terhindar daripada penyakit. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kardiovaskular terdiri daripada penyakit jantung koronari, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser dan buah pinggang menjadi punca kematian utama di seluruh dunia.

Malah ia dianggap penyakit kronik kerana memerlukan tempoh panjang untuk sembuh serta sumber kewangan yang banyak untuk mengubati. Jadi apa yang boleh dilakukan adalah dengan mencegah menerusi tabiat pemakanan sihat yang mampu menjadikan tubuh bebas penyakit sekali gus memanjangkan jangka hayat individu.

Menurut pakar pemakanan Hospital Beacon, Tay Suit Teng yang menyampaikan ceramah bertajuk Makanan Sihat 101 sempena Program Kesedaran Kesihatan di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, gaya hidup sihat banyak dipengaruhi oleh pengambilan makanan seseorang.

Setiap hari individu tidak terlepas daripada mengambil garam, makanan berlemak, gula terlalu tinggi serta kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Kadar pengambilan garam yang disyorkan hanya satu sudu kecil saja bersamaan dengan 2,000 miligram. Namun tanpa sedar walaupun tidak mengambil secara terus, makanan tinggi garam ada pada makanan dalam tin, makanan banyak bahan perisa, makanan ringan dan makanan yang diperam,” katanya.

Begitu juga dengan pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser dan artritis menular dengan cepat. Malah semua makanan yang ada di pasaran mengandungi gula termasuk kek, roti dan biskut. Lama-kelamaan pengambilan secara kerap dan banyak akan menyebabkan ketagihan gula.

“Justeru, individu perlu minum banyak air kosong untuk kelancaran penghadaman. Sebaik-baiknya, minum satu liter sehari atau lapan gelas air agar dapat menghindari sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

“Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekali gus mengakibatkan kulit kering dan berkerut,” katanya.

Makan lima warna sayur dan buah sehari

Ada pakar pemakanan menyebut lebih banyak nutrisi diterima sekiranya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pelbagai warna berbeza.

Ketua Gastroenterologi dan Hepatologi Institut Penyelidikan Pemakanan Vasily Isakov menjelaskan, dari sudut pandangan sains, pengambilan pelbagai warna sayur-sayuran adalah sumber antioksidan terbaik. Warna pada buah dan sayur-sayuran memberikan makna tertentu. Antaranya:

Merah

Terdapat pada tomato, raspberi, strawberi dan ceri yang mengandungi lycopene bagi menyokong kesihatan perut dan paru-paru, mengurangkan kesan sinaran ultraungu (UV) dan asid ellahovuyu serta antioksidan yang baik memberi kesan kepada keadaan DNA.

Hijau

Ternyata semua buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mengandungi lutein yang membantu untuk mengekalkan penglihatan dan isoflavon, menormalkan fungsi jantung, menguatkan tulang dan sel.

Kuning dan oren

Ini kegemaran semua iaitu buah oren, tembikai, pisang dan raspberi kuning yang bukan saja lazat dan enak, tetapi juga membantu mengekalkan sistem imun. Jika anda ingin mempunyai kulit yang halus dan penglihatan yang baik, makan banyak buah-buahan berwarna kuning manakala fitonutrien yang terkandung di dalamnya melembapkan kulit dan mempunyai kesan positif ke atas saraf optik.

Putih

Bawang putih mempunyai allytsyna lot dan fitonutrien yang aktif menyokong fungsi jantung dan mengawal tahap kolesterol darah.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ungu

Strawberi, anggur dan blackberi kaya dengan antioksidan yang banyak memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (lapan hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (tiga hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekali gus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Antara beberapa tip diet seimbang yang boleh diamalkan:

1. Banyakkan makan makanan berbuah.

2. Banyakkan makan kekacang.

3. Banyakkan minum air.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet ia harus menyumbang 20 hingga 30 peratus saja dalam jumlah keperluan tenaga harian. Justeru, kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit saja.

- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.

- Memilih daging tanpa lemak serta membuangkan kulit jika boleh contohnya kulit ayam.

- Mengehadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis.

- Mengamalkan kaedah masakan alternatif seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus, daripada menggoreng.

- Pada majlis yang sama Tay turut menunjukkan cara menyediakan manisan berkhasiat menggunakan buah-buahan, soya dan badam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 9:43 AM