Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Cameron Highlands: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan berita yang tersebar kononnya terdapat 30,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands hingga menyebabkan wujudnya persepsi negatif terhadap kawasan pelancongan itu.

Baginda bertitah, dakwaan itu tidak benar dan ia sekaligus menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat yang risau dengan kebanjiran PATI ke kawasan peranginan berkenaan.

“Dakwaan serta berita kononnya terdapat 30,000 warga Bangladesh yang masuk secara haram dan bekerja dalam sektor pertanian adalah tidak benar.

"Berita itu menyebabkan kerisauan dalam kalangan rakyat," titah baginda selepas menghadiri taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah, di sini, hari ini.

Baginda bertitah, setiap kenyataan yang dikeluarkan mestilah dengan bukti yang sahih kerana ia membabitkan isu kepentingan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 1:17 PM