KEGEMBIRAAN berganda buat Mohd Zaihan dan Syarifah Syaifanur yang menyambut kelahiran anak lelaki tiga minggu lebih awal. FOTO Fairul Asmaini Mohd Pilus
KEGEMBIRAAN berganda buat Mohd Zaihan dan Syarifah Syaifanur yang menyambut kelahiran anak lelaki tiga minggu lebih awal. FOTO Fairul Asmaini Mohd Pilus
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur : Kedatangan tahun baru 2016 membawa kegembiraan berganda buat suami isteri, Mohd Zaihan Jamil, 29, dan Syarifah Syaifanur Syed Mohamad Salleh, 28, apabila menerima kehadiran ahli keluarga baru pagi tadi.

Syarifah Syaifanur melahirkan bayi lelaki di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 4.14 pagi iaitu tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Bayi seberat 2.87 kilogram itu adalah anak kedua bagi pasangan berkenaan yang sebelum ini sudah memiliki seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

Menurut Syarifah Syaifanur, dia tidak menjangka bayinya akan dilahirkan pada pagi tahun baru memandangkan tarikh bersalin yang diberikan doktor masih jauh iaitu 21 Januari depan.

"Meskipun masih dalam 'mood' terkejut dengan kelahiran awal ini namun tetap bersyukur kerana apa yang penting bayi kami dilahirkan sempurna sifat dan sihat," katanya.

Sementara itu, bayi lelaki berkenaan adalah antara tiga bayi tahun baru yang dilahirkan di hospital terbabit sehingga jam 12 tengahari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 2:01 PM