PEMANDANGAN dari udara keadaan banjir yang melanda Seberang Tayor, Kemaman yang dirakam Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam. FOTO Bernama
PEMANDANGAN dari udara keadaan banjir yang melanda Seberang Tayor, Kemaman yang dirakam Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam. FOTO Bernama
Oleh Isma Ismail


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kemaman meningkat kepada 719 orang pada 8 pagi ini berbanding 671 orang tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JBPN) Terengganu, satu pusat pemindahan baru turut dibuka di Masjid Kampung Batu 14 dengan menempatkan 18 orang daripada lima keluarga.

Selain itu, berlaku pertambahan mangsa di pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Batu 14 dengan 68 orang daripada 13 keluarga pada pagi ini berbanding hanya 38 orang daripada enam keluarga tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan 719 orang daripada 161 keluarga berada di pusat pemindahan di daerah berkenaan berbanding 671 orang daripada 149 keluarga.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Dungun pada pagi ini kekal dengan seramai 347 orang daripada 121 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:40 AM