Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Jenazah bekas Ketua Polis Negara Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sebentar tadi.

Proses pengebumian berjalan lancar dan selesai pada 3.15 petang.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan dan disolat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Majlis penghormatan terakhir di Masjid Negara itu dihadiri hampir 1,000 orang kenalan termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota polis.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman di Seksyen 13, Shah Alam, tiba di Masjid Negara pada 11.10 pagi.

JENAZAH Tun Hanif disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. FOTO Sadiq Sani.
JENAZAH Tun Hanif disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. FOTO Sadiq Sani.


Tun Hanif utamakan negara hingga akhir hayat

Tun Hanif legenda PDRM - Razarudin

Tun Hanif lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 3:58 PM