Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Mohammed Hanif adalah KPN Ke-4 dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Beliau yang berusia 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor, awal pagi tadi dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor.

Terdahulu, anaknya yang juga pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar mengesahkan bapanya meninggal dunia, 2.15 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 9:46 AM