MOHD Tamrin hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berkaitan catatan di blognya. FOTO Bernama
MOHD Tamrin hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berkaitan catatan di blognya. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini memberi keterangan kepada polis, berkaitan catatan di blognya pada 4 April.

Mohd Tamrin hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman, kira-kira 10.30 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

"Kita sudah ambil keterangan daripada beliau (Mohd Tamrin) pada 10.30 pagi tadi dan akan lengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Tamrin, 74, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba menerima panggilan telefon daripada polis, berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang 'meramalkan' masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 4:14 PM