HISHAMUDDIN beri keterangan. FOTO fail NSTP.
HISHAMUDDIN beri keterangan. FOTO fail NSTP.
Hasbi Sidek


AKTIVIS sosial Hishamuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan dan hinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Muhammad V di blognya, hadir bagi memberi keterangan di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, malam tadi.

Perkara itu disahkan peguam yang mewakili Hishamuddin, Zaid Malek ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Zaid berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media selepas proses memberi keterangan di balai polis berkenaan selesai.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan selepas proses ini selesai,” katanya.

Dalam satu kenyataan kepada media, Zaid dikatakan menemani Hishamuddin ke balai polis berkenaan pada 10.30 malam tadi.

Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap YDPA.

Malah, tulisan blog itu sempat tular di laman sosial sebelum tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 12:16 AM