MUHAMMAD Sanusi Md Nor FOTO Bernama.
MUHAMMAD Sanusi Md Nor FOTO Bernama.
Noorazura Abdul Rahman


Sik: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau baharu berkahwin baru-baru ini, seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu berkata, beliau belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

"Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka," katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita.

Muhammad Sanusi turut memuat naik status di laman Facebooknya kelmarin, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan keterangan 'Dok Pahang'.

Status itu mendapat ribuan reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 4:09 PM