Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: "Saya memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya," kata suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Bharu.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis

Suspek kes tembak KLIA mungkin mahu lari ke Makkah melalui Thailand - Polis

Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan

'Saya akan beri kerjasama kepada polis'

Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut

Hafizul direman tujuh hari

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 11:55 AM